PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH SIPITANG

Kami berjanji untuk bekerja dengan komitmen dan dedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti kearah menjadikan kawasan Majlis Daerah Sipitang yang bersih, indah dan teratur.

Janji kami adalah :-

  1. Memastikan setiap pelanggan diberi layanan yang adil dan mesra, memuaskan dan berkesan.
  2. Semua aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh 1 hingga 3 hari.
  3. Memproses permohonan tempahan peralatan, dewan, padang dan dataran dalam tempoh 1 hari.
  4. Memproses permohonan Pelan Pembangunan dan Pelan Bangunan dalam tempoh yang ditetapkan:-
      • Memproses permohonan Pembangunan / Pelan Bangunan yang telah lengkap dokumentasi dalam tempoh 14 hari bekerja.
      • Pelan Pembangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari masa bekerja setelah disokong di dalam mesyuarat perancang Bandar dan Pelan Bangunan.
      • Pelan Bangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari masa bekerja setelah mendapat kebenaran dan kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Bangunan Majlis Daeah Sipitang.
      • Memproses permohonan kelulusan pelan tambahan dan pindaan (pengubahsuaian) dalam tempoh 6 bulan.
      • “Occupation Certificate” akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari masa bekerja selepas pemeriksaan tapak dan mendapat kelulusan daripada jabatan dan agensi luar yang berkaitan.
      • Memproses permohonan kelulusan bekalan air dan elektrik dalam tempoh 1 minggu.
      • Mengeluarkan permit/kebenaran memulakan kerja dalam tempoh 3 hari masa bekerja.
  5. Memastikan penghantaran Bil Cukai Taksiran Am tidak lewat daripada 15 Januari.
  6. Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan :-
      • Lesen Premis Tidak Berisiko, Lesen Anjing, Lesen Perniagaan dan Lesen Papan Iklan dikeluarkan dalam tempoh  hari.
      • Pembaharuan Lesen Perniagaan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari (Dokumen Lengkap)
      • Permit Sementara, Permit Kakilima dan Lesen Penjaja dikeluarkan dalam tempoh 14 hari.
      • Lesen hiburan Awam dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima tertakluk kepada kelulusan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Tempatan
  7. Memproses dan mengeluarkan Keputusan Penyewaan gerai, kedai, pasar dan bazar dalam tempoh 30 hari.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon