MAJLIS DAERAH SIPITANG MAJLIS DAERAH SIPITANG

Ceramah Pencegahan Rasuah


Majlis Daerah Sipitang dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah telah menganjurkan Program Ceramah Pencegahan Rasuah sebagai salah satu program Pelan Operasi Latihan (POL) bagi tahun 2021. Program tersebut adalah bertujuan memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah
Sipitang tentang jenayah rasuah dan akibat dari perbuatan rasuah serta langkah-langkah bagi mencegah keterlibatan dalam jenayah ini.

Program Ceramah Pencegahan Rasuah telah diadakan di Bilik Mesyuarat, di mana seramai 28 peserta dikalangan pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Sipitang telah hadir untuk bersama- sama menjayakan program tersebut.

Ceramah Pencegahan Rasuah telah disampaikan oleh Pegawai SPRM Negeri Sabah iaitu PPS Nor Zairie Bin Yusof secara dalam talian sebagai langkah-langkah menangani penularan wabak Covid-19 dikalangan penjawat awam.


Tarikh:
30 November 2021

Tempat:
Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sipitang




Ceramah Keselamatan & Kebakaran


Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional(BKN) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, pihak pengurusan Majlis Daerah Sipitang dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang telah menganjurkan Program Ceramah Keselamatan dan Kebakaran. Program tersebut adalah bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang langkah-langkah mencegah kebakaran dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran di kawasan pejabat.

Ceramah Keselamatan dan Kebakaran telah disampaikan oleh Pegawai Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang iaitu En. Hazijul Bin Mujun dan dibantu oleh Pegawai Bomba En. Mohd. Napi Bin Awang.

Tarikh:
26 Oktober 2021

Tempat:
Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sipitang




PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI KESEDARAN VAKSIN & KEBERSIHAN PERSEKITARAN


ANJURAN BERSAMA

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Majlis Daerah Sipitang, dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Sipitang, Pejabat Daerah Sipitang, Jabatan Kesihatan Daerah Sipitang, Polis Diraja Malaysian Sipitang, Hospital Daerah Sipitang, Jabatan Alam Sekitar Sipitang, Pejabat Parlimen P.178 Sipitang, Pejabat ADUN N.35 Sindumin, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.35 Sindumin dan Mahkamah Anak Negeri Sipitang.

PERASMI

Awangku Raimy Pg. Abd. Rahman
(Pegawai Daerah Sipitang, merangkap Pengerusi Majlis Daerah Sipitang)

SENARAI TETAMU JEMPUTAN

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
AJK Pusat Kawalan Operasi Bencana
Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.35 Sindumin
Pejabat ADUN N.35 Sindumin
Pejabat Parlimen P.178 Sipitang
Pejabat Mahkamah Anak Negeri Sipitang
Ahli Majlis Daerah Sipitang
Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Radio Televisyen Malaysia (RTM)

TARIKH
1 DISEMBER 2021

TEMPAT
PERKARANGAN PEJABAT MAJLIS DAERAH SIPITANG




Kunjungan Hormat Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Ke Majlis Daerah Sipitang


Kunjungan Hormat Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Ke Majlis Daerah Sipitang

Tarikh
20 Disember 2021

Tempat
Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sipitang




Program Pejabatku Ceria Majlis Daerah Sipitang




Program Pejabatku Ceria Majlis Daerah Sipitang adalah program gotong royong perdana yang diadakan untuk kakitangan Majlis Daerah Sipitang.

Program ini adalah bertujuan untuk memastikan kawasan persekitaran pejabat Majlis Daerah Sipitang lebih bersih, kemas, tersusun dan rapi. Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur melalui aktiviti menanam pokok bunga dan pengindahan landskap. Dengan adanya program gotong royong ini juga mampu memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan Majlis Daerah Sipitang.

Tarikh
27 Disember 2021

Tempat
Pejabat Majlis Daerah Sipitang




Program Memasak & Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Bula Ramadhan





Penangkapan Anjing Liar Di Sekitar Kawasan Pekan Sipitang